GEREJA Notre Dame, mercu tanda bersejarah di Perancis yang terbakar baru-baru ini, akan dibuka semula dalam tempoh kurang lima tahun, lapor agensi berita Sputnik, memetik Menteri Kebudayaan Perancis Franck Riester pada Khamis.
Pada Selasa Presiden Perancis Emmanuel Macron berjanji untuk membina semula bangunan ikonik berusia 850 tahun dalam tempoh lima tahun.
“Tidak, saya tak fikir begitu,” kata Riester kepada penyiar BFMTV, apabila ditanya sama ada gereja itu akan ditutup selama lima tahun.
Bagaimanapun, Riester tidak menyatakan dengan tepat bila Notre Dame boleh dibuka semula kepada pengunjung.
Kebakaran besar di Notre Dame pada petang Isnin itu menyebabkan bumbung gereja mengalami kerosakan. Api hanya dapat dipadamkan sepenuhnya pada Selasa pagi. – Bernama, 18 April, 2019.
Komen