Pembangkang Sudan gesa tangguh kerajaan perpaduan


Pemimpin pembangkang Sudan, Riek Machar masih belum bersedia kembali ke Juba dan mahu pembentukan kerajaan perpaduan ditangguhkan sehingga isu keselamatan di negara itu selesai. – Gambar EPA, 18 April, 2019.

PEMIMPIN pembangkang Sudan, Riek Machar masih belum bersedia kembali ke Juba dan mahu pembentukan kerajaan perpaduan ditangguhkan sehingga isu keselamatan di negara itu selesai, kata pegawai partinya, hari ini.

Machar sepatutnya kembali ke Sudan Selatan pada Mei dan menyertai kerajaan perpaduan sebagai naib presiden bersama Presiden Salva Kiir selepas menandatangani perjanjian damai pada September lepas.

Perjanjian damai tersebut adalah usaha terkini bagi menamatkan konflik hampir enam tahun yang tercetus susulan persengketaan kedua-dua pemimpin pada 2013. Bagaimanapun, permerhati memberi amaran bahawa pelaksanaan perjanjian damai itu ditangguhkan.

Machar melarikan diri dari Juba pada 2016 selepas kegagalan perjanjian damai sebelum ini yang menyaksikan kumpulannya bertembung dengan kumpulan Kiir.

Perjanjian damai terbaru itu menghentikan banyak pertikaian di Sudan. – AFP, 18 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen