ARAB Saudi mengumumkan ia akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak G20 pada November tahun depan di ibu kota Riyadh, lapor agensi berita China Xinhua memetik stesen penyiar Al Arabiya TV semalam.
Mesyuarat G20 buat julung kalinya akan berlangsung di bumi Arab pada November 2020, menurut kenyataan akhir sidang kemuncak G20 tahun lepas di Buenos Aires, Argentina, yang mengesahkan bahawa sidang kemuncak itu akan diadakan di Jepun pada 2019, dan Arab Saudi pada 2020.
Arab Saudi mengesahkan ia tidak sabar untuk menganjurkan acara itu.
Pemimpin dunia G20 bertemu buat pertama kalinya pada 2008 dengan fokus untuk menyelamatkan ekonomi global daripada krisis kewangan terburuk dalam tempoh lebih 70 tahun. – Bernama, 18 April, 2019.
Komen