PBB gesa Yaman, pemberontak Huthi keluar dari Hodeida


Penduduk yang hilang tempat tinggal akibat peperangan di Hodeidah terpaksa memasang khemah. – Gambar AFP, 18 April, 2019.

MAJLIS Keselamatan PBB menggesa kerajaan Yaman dan pemberontak Huthi menarik keluar tentera masing-masing dari ibu kota utama Hodeida secepat mungkin, selaras dengan perjanjian gencatan senjata yang dicapai empat bulan lalu.

Majlis itu dalam satu kenyataan bersama berkata ia akan memantau pihak-pihak yang berkaitan dengan rancangan penempatan semula tentera, pada masa sama menunggu laporan daripada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

Penempatan semula tentera itu dipersetujui pada Disember di bawah perjanjian gencatan senjata di Sweden yang menawarkan harapan terbaik untuk mengakhiri peperangan yang menyebabkan Yaman di ambang kemusnahan.

Majlis itu meluahkan kebimbangan kerana selepas empat bulan berlaku, perjanjian itu masih tidak dilaksanakan. – AFP, 18 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen