PEMIMPIN tentera Sudan memindahkan presiden yang digulingkan Omar al-Bashir ke penjara, kata sumber keluarga semalam, ketika penunjuk perasaan berkumpul di Khartoum menaiki van dan bas di kompleks tentera.
Susulan pengakhiran pemerintahan tiga dekad Bashir yang penuh dramatik minggu lalu, beliau dipindahkan ke penara Kober di ibu kota itu, kata sumber.
Saksi berhampiran penjara di utara Khartoum itu berkata mereka melihat ramai tentera dan anggota separa tentera di luar bangunan berkenaan.
Lokasi bekas pemimpin berusia 75 tahun itu tidak diketahui sejak tentera mengambil alih negara pada Khamis, sementara pemimpin baharu Sudan berkata beliau ditahan di “tempat yang selamat”.
Lewat malam semalam, majlis tentera mengumumkan ia menahan dua daripada lima adik-beradik lelaki Bashir – Abdallah Hassan al-Bashir dan Al-Abbas Hassan al-Bashir. – AFP, 18 April, 2019.
Komen