SERAMAI 29 pelancong Jerman terbunuh semalam dalam kemalangan bas di pulau Madeira di Portugal.
Imej televisyen menunjukkan bas itu berpusing di tengah jalan, dan terbalik beberapa kali, sebelum terbabas ke sebuah rumah di bawah cerun.
“Kami terima khabar buruk dari Madeira,” kata jurucakap kerajaan Jerman menerusi Twitter selepas nahas itu.
Datuk Bandar Santa Cruz Filipe Sousa berkata 17 wanita dan 11 lelaki terbunuh dalam kemalangan itu, sementara 21 lagi cedera.
Perdana Menteri Portugal Antonio Costa berkata beliau menghubungi Canselor Jerman Angela Merkel untuk mengucapkan takziah.
Kemalangan itu berlaku pada 6.30 petang waktu tempatan. Bas itu membawa 50 penumpang. – AFP, 18 April, 2019.
Komen