LEVI pelepasan udara yang diperkenalkan tidak lama lagi tidak akan memberi kesan kepada trafik penumpang walaupun terdapat kebimbangan oleh pihak berkepentingan, kata penganalisis penerbangan.
Pakar berkata, levi itu tidak boleh mengurangkan jumlah penumpang seperti yang dikhuatiri sesetengah sektor pelancongan dan penerbangan.
Minggu lalu, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata, pelaksanaan levi pelepasan boleh mengakibatkan penurunan jumlah pelancong yang berlepas dari Malaysia sehingga 835,000 setahun.
Persatuan perdagangan syarikat penerbangan itu berkata, kira-kira 5,300 pekerjaan mungkin akan hilang dan sumbangan sektor penerbangan kepada ekonomi dapat dikurangkan sehingga US$419 juta (RM1.73 bilion).
IATA menggesa kerajaan menimbang semula langkah itu.
Seperti cadangan yang dibuat, penumpang yang berlepas ke negara Asean akan dikenakan levi sebanyak RM20 seorang manakala mereka yang berlepas ke negara lain dikenakan bayaran RM40.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, minggu lalu kerajaan mengukuhkan mekanisme pelaksanaan levi itu dan dijangka membuat pengumuman selepas musim haji.
Sama seperti kenaikan harga sebelumnya pada caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang tidak menyebabkan penurunan bilangan penumpang, penganalisis Nomura Ahmad Maghfur Usman berkata, levi perlepasan juga berkemungkinan kurang menghalang perjalanan udara. – 18 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen