PKR teliti punca kalah Rantau, kata Anwar Ibrahim


Noel Achariam

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, PKR sedang meneliti punca kekalahan Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Rantau, yang ketiga berturut-turut untuk parti itu sejak awal tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 April, 2019.

PKR sedang meneliti punca kekalahan Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Rantau, yang ketiga berturut-turut untuk parti itu sejak awal tahun ini, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, ia proses lazim selepas pilihan raya kecil.

“Ini biasa. Mereka sedang buat (bedah siasat) dan saya tunggu laporan dari negeri,” katanya selepas menghadiri satu majlis di Universiti Sunway di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Minggu lalu, Barisan Nasional menang pilihan raya kecil DUN Rantau, yang kedua selepas kerusi Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengalahkan calon PH Dr S Streram dari PKR dengan majoriti 4,510 undi.

BN sebelum ini kalah semua empat pilihan raya kecil yang diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penganalisis politik yang meneliti keputusan PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau berkata, PH masih kurang ampuh jentera pilihan rayanya berbanding BN.

Ia masih bergelut menyusun mesej yang berkesan untuk meraih undi terutama mengekalkan undi yang diperolehi pada PRU14. – 17 April, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen