JUMLAH penunjuk perasaan yang ditahan kerana mengadakan tunjuk perasaan alam sekitar meningkat kepada 290 orang sejak bantahan diadakan di London Isnin lalu, lapor agensi berita Sputnik.
Terdahulu, polis United Kingdom (UK) mengatakan 209 orang ditahan ketika menghalang lalu lintas di beberapa lebuh raya di London ketika waktu puncak selain menyebabkan bangunan ibu pejabat Royal Dutch Shell mengalami kerosakan.
Para penunjuk perasaan merancang terus mengadakan perhimpunan selama dua minggu lagi dan polis bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.
Bantahan dianjurkan oleh pertubuhan dikenali UK Extinction Rebellion yang sebelum ini pernah mengadakan tunjuk perasaan semasa sesi parlimen awal April lalu di mana 12 orang ditahan.
Aktivis terbabit menuntut kerajaan menangani apa yang didakwa mereka sebagai “kecemasan ekologi”. – Bernama, 17 April, 2019.
Komen