Bonda Raja Thai masuk hospital


Ratu Sirikit adalah isteri mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada 2016 selepas tujuh dekad memerintah. – Gambar AFP, 17 April, 2019.

BONDA Raja Thailand, Ratu Sirikit dimasukkan ke hospital di Bangkok untuk rawatan kerana demam, kata Biro Hal Ehwal Diraja dalam satu kenyataan seperti dipetik media.

Sirikit dimasukkan ke Hospital Chulalongkorn pada Selasa selepas demam akibat jangkitan pundi kencing, kata biro itu.

Sirikit adalah isteri mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada 2016 selepas tujuh dekad memerintah.

Anakandanya Raja Maha Vajiralongkorn, 66, yang kini memerintah sejak Oktober 2016.

Sirikit jarang muncul di khalayak ramai. Tahun lalu, pihak istana mengeluarkan foto rasminya sebagai sambutan ulang tahunnya yang ke-86 pada 12 Ogos.

Dalam foto itu, Sirikit bergambar bersama anak-anaknya termasuk Raja Maha Vajiralongkorn.

Hari ulang tahunnya juga diraikan sebagai Hari Ibu di Thailand. – Agensi, 17 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen