MAHKAMAH di negeri Afrika barat, Guinea menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 13 tertuduh selepas disabitkan bersalah membunuh seorang penceramah dari Arab Saidi selepas dakwahnya dikatakan mencetuskan kemarahan penduduk kampung.
Mahkamah di Kankan mengesyorkan defendan menjalani hukuman penjara minimum 30 tahun bagi kesalahan melakukan serangan dan tembakan pada Januari 2018.
Hanya seorang daripada 13 tertuduh dijatuhkan hukuman tanpa kehadiran – 12 yang lain disyaki melarikan diri ke luar negara.
“Ketua mereka, Moussa Kante, saja ada di mahkamah, mengaku tidak bersalah,” kata Hakim Kpoulomou Gbamon.
Penceramah itu, Abdul Aziz Tuwaijri ditembak mati di sebuah kampung di Kantebalandougou, berhampiran sempadan Mali dan Ivory Coast.
Beliau dalam misi membina masjid dan menyebarkan fahaman konservatif Wahabi di Guinea, negara di mana Islam, agama utama diamalkan secara sederhana dan sering menggabungkan dengan kepercayaan animisme. – AFP, 17 April, 2019.
Komen