PERBICARAAN kes Najib Razak berhubung SRC International masuk hari ke-4 hari ini dengan penganalisis serta pegawai penyiasat Bank Negara Mohammad Nizam Yahya memberi keterangan sekali lagi.
Saksi ketiga perbicaraan, Nizam memberi keterangan semalam bahawa beliau memperoleh dokumen dikaitkan dengan 14 transaksi Rentas, atau pemindahan antara bank pelbagai mata wang yang besar, daripada pegawai Affin Bank, Nimma Shafira Khalid semasa serbuan pada 6 Julai 2015.
Lelaki berusia 39 tahun itu memberitahu mahkamah beliau juga memperoleh dokumen bukti selanjutnya pada 7, 9, 10, dan 13 Julai 2015.
Nizam dijangka menyerahkan salinan dokumen hari ini.
Azizul Adzani Abdul Ghafar, saksi kedua perbicaraan, juga dijangka menyerahkan satu salinan laporan polis yang beliau simpan untuk mengetuai serbuan Bank Negara terhadap cawangan AmBank di Kuala Lumpur.
Azizul, semasa pemeriksaan balas, mengesahkan beliau menerima 11 dokumen daripada pengurus AmBank pada malam 6 Julai 2015, yang merangkumi transaksi terperinci bernilai antara RM5 juta hingga RM40 juta yang berlaku antara Disember 2014 dan Februari 2015. Jumlahnya keseluruhan RM94.7 juta.
Ia tidak dinyatakan lagi akaun siapa yang terlibat.

The Malaysia Insight membawa anda prosiding hari ini secara langsung:
5pm: Mahkamah ditangguh dan akan bersambung pada jam 9 pagi esok.
4.55pm: Apabila berhujah melawan permohonan pembelaan supaya saksi keempat pendakwaan memberikan dokumen dirampasnya daripada AmBank pada 6 Julai 2015, Tommy berkata beliau akan mematuhi keputusan hakim, menambah selalu pegawai kehakiman, beliau akan bertindak secara benar.
“Adakah awak kata kami tak (bertindak) benar?” tanya Harvinderjit.
4.50pm: Hakim bersetuju menerima permohonan pembelaan.
“Saya berpandangan yang permohonan untuk dokumen yang berkaitan dengan jurubank relevan. Saksi sepatutnya mengeluarkan transkrip mengandungi komunikasi tersebut,” katanya.
4.40pm: Pendakwa Raya Sithambaram masih berhujah yang permohonan pihak pembelaan untuk akses dokumen 1MDB tidak relevan terhadap kes itu.
“Yang Arif, saya mahu guna ayat undang-undang. Saya seorang peguam, saya bukan orang politik,” katanya.
4.35pm: Berdasarkan hujah Sithambaram, Hakim Mohd Nazlan memutuskan yang undang-undang jelas, di mana relevan perlu dibuktikan.
“Awak perlu buktikan (wujud) kerelevanan,” katanya.
4.30pm: Kedua-dua pihak berdebat lebih 30 minit. Pihak pembelaan memetik rencana Wall Street Journal pada 15 Julai 2015 dan buku “Billion Dollar Whale”, kedua-duanya memetik perhubungan antara Jho Low dan Joanna Yu, untuk membenarkan hujah yang relevan untuk mereka mendapatkan akses kepada dokumen 1MDB, terutama sekali transkrip komunikasi daripada telefon Blackberry Joanna Yu.
Tommy dilihat ketawa ketika pihak pembelaan terus mempertahankan hujah mereka, sesekali menggeleng kepala dan melihat sekitar mahkamah.

4.00pm: Pasukan pembelaan bertanyakan pandangan tentang dokumen 1MDB, tetapi pendakwaan membantah, menurut pembelaan “ada halangan untuk (bincang) perkara itu”.
Pendakwaan berkata tiada halangan, tetapi ia tidak relevan.
Shafee berkata jika pendakwaan merasakan ia tidak relevan, ia mungkin tidak sama seperti pandangan pembelaan demi kepentingan anak guam mereka. Pendakwaan dan pembelaan mungkin tidak bersetuju tentang apa yang relevan, apa yang tidak, jadi terpulang kepada hakim buat keputusan, katanya.
Shafee: Kami hanya mahu tengok dokumen yang dirampas dari Joanna Yu. Apa yang lebih relevan jika dokumen ini lah yang dirampas ketika serbuan?
Sithambaram: Jika awak mahukan apa-apa dokumen, perincikan mengenainya. Bila mereka soal balas, mereka perlu tahu dokumen apa yang mereka perlukan. Jika tidak, ia boleh dianggap “memancing”.
3.45pm: Timbalan pendakwa raya Ishak Yusoff membantah soalan berkaitan 1MDB, mengatakan ia mungkin boleh memberi kesan kepada perbicaraan melibatkan Najib pada masa akan datang.
Tommy berkata ia adalah untuk perlindungan tertuduh.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak bantahan itu dan membenarkan soalan.
Harvinderjit kemudian berterima kasih kepada Tommy kerana melindungi kepentingan mereka.
3.25pm: Farhan berkata tujuan serbuan di AmBank adalah untuk melihat semua transaksi dalam akaun dan menandakan yang sepatutnya dilaporkan kepada Bank Negara tetapi ia belum dibuat.
3.00pm: Apabila ditanya mengenai berapa kali beliau bertemu Joanna Yu, Farhan berkata beliau tidak ingat.
Harvinderjit: Jika kamu tidak ingat, ia pasti lebih dari sekali?
Farhan: Ya.
Harvinderjit: Pada 6 Julai, adakah itu kali pertama kamu bertemunya?
Farhan: Tidak, saya pernah jumpanya sebelum itu.
Farhan berkata beliau bertemu Joanna sebelum itu kerana beliau adalah pengurus perhubungan 1MDB.
Harvinderjit: Adakah kamu merampas blackberry Joanna?
Farhan: Saya tidak ingat.
Harvinderjit: Bank Negara Malaysia merampas transkrip daripada telefonnya dan menemui komunikasi antara Low Taek Jho?
Farhan: Saya tidak pasti. Saya tidak ingat. Ia bukan sebahagian siasatan saya.
2.50pm: Farhan, dalam menjawab soalan Jarvinderjit berkata, pihak atasannya menghubunginya pada pukul 7 pagi pada 6 Julai dan meminta beliau menyiasat akaun AmBank. Beliau diminta menyiasat pelanggaran pelaporan atau obligasi AmBank di bawah Seksyen 4 AMLA berhubung transaksi berkenaan. Beliau berkata ketuanya memberikan senarai akaun untuk disiasat yang merupakan milik Najib. Menurutnya, beliau diminta menyiasat transaksi akaun tetapi bukan mana-mana transaksi khusus.
Harvinderjit: Adakah kamu tahu pasukan petugas khas yang diketuai oleh Zeti, Ghani Patail, Khalid dan Abu Kassim?
Farhan: Saya tahu agensi itu tetapi tidak dapat mengesahkannya.
2.20pm: Perbicaraan diteruskan dengan pemeriksaan balas terhadap Farhan oleh Harvinderjit.
12.01pm: Pegawai penyiasat Bank Negara Ahmad Farhan Sarifuddin, 32, mengambil tempat sebagai saksi keempat.
12pm: Nizam berundur selepas disoal.
11:58am: Bekas setiausaha akhbar Najib, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad memasuki mahkamah.
11:53am: Pembelaan cuba mendapat maklumat dengan menyoal Nizam, bagaimana dokumen yang diterima dari serbuan di Affin Bank tersebar dalam talian.
Harvinderjit: Bagaimana kamu tahu ada orang mengambil dokumen dari kamu adalah dari pasukan petugas?
Nizam: Saya tidak pasti.
11.31am: Harvinderjit berkata dokumen yang dibawa ke mahkamah bukan set lengkap yang diterima oleh Nizam daripada Nimma dari Affin Bank.
11.27am: Nizam berkata dokumen yang diterimanya ada kaitan dengan Ihsan Perdana dari Affin Bank. Beliau menyerahkan salinan berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tahun lalu.
11.04am: Mahkamah berhenti rehat selama lima minit.
10.35am: Azizul beredar dari tempat saksi dan sambungan soal siasat semalam terhadap Mohammad Nizam Yahya diteruskan.
10.25am: Selepas perbalahan kata antara Tommy dan Harvinderjit, Suhaimi kembali menyoal saksi itu.
10.22am: Peguam Harvinderjit membantah cara pendakwa Suhaimi Ibrahim menyoal balas Azizul. Peguam Negara Tommy Thomas kemudian bangun memberitahu hakim bahawa pihak pembela tidak harusnya memberitahu pihak pendakwa bagaimana untuk menyoal saksi.
Peguam pendakwa V. Sithambaram menyokong Tommy dengan mengatakan ketika pihak pembela menyoal saksi selama lima jam secara agresif, mereka tidak mempunyai sebarang bantahan.
10.10am: Harvinderjit bertanya sama ada persepsi Azizul mengenai kesalahan (AMLA) berdasarkan dokumen yang diberikan oleh Uma Devi dan dijawab “betul” oleh Azizul.
Harvinderjit: Sekiranya anda (dan saya tidak percaya kepada anda), seorang pegawai yang menyerbu membuat kesimpulan ia adalah AMLA berdasarkan dokumen ini.
Azizul: Mungkin.
Harvinderjit terus mendesak Azizul agar berkata jujur dan bertanya sama ada beliau diberi taklimat mana-mana pihak untuk memberikan maklumat palsu semasa perbicaraan. Azizul menafikannya dan menjawab “tidak”
10.06am: Harvinderjit berkata dalam laporan itu, Azizul menyatakan terdapat kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) AMLA (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001).
Peguam pembela kemudian berkata ia mengambil pegawai itu 34 minit selepas serbuan itu untuk memutuskan ia berada di bawah Seksyen 4 AMLA.
Seorang pegawai yang melakukan serbuan tidak akan membuat kesimpulan ia harus disiasat di bawah AMLA, kata Harvinderjit dan dijawab Azizul “Tidak”.
9.50am: Azizul memberi keterangan semula dan disoal oleh peguam bela Harvinderjit Singh selepas mengeluarkan salinan laporan polis yang dibuatnya selepas mengetuai serbuan terhadap Ambank pada 6 Julai 2015.
9.35am: Najib memasuki bilik mahkamah dan duduk membaca buku. Peguamnya Shafee Abdullah juga baharu sampai.
Peguam Negara Tommy Thomas duduk di bahagian pihak pendakwa sambil menyemak catatannya. – 17 April, 2019.
Komen