ENAM terbunuh pada Selasa selepas sebuah pesawat ringan terhempas atas sebuah rumah di selatan Chile, kata pihak berkuasa.
Pesawat itu menjunam selepas tersangkut pada talian elektrik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang La Paloma di Puerto Montt, sebuah bandar pelabuhan 1,000 kilometer (600 batu) di selatan ibukota Santiago, kata Harry Jurgensen, gabenor wilayah Los Lagos.
Stesen televisyen tempatan menyiarkan rumah itu terbakar selepas dilanggar pesawat, sepenuhnya rosak.
Ekor pesawat itu dapat dilihat tersadai laman rumah yang musnah.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti korban tetapi berkata juruterbang itu adalah antara yang maut - dua wanita dan empat lelaki.
Tiada seorang pun di dalam rumah ketika pesawat itu terhempas.
Pesawat itu dimiliki oleh syarikat “Archipielago”, yang mengendalikan penerbangan komersil di wilayah yang sukar diakses. – AFP, 17 April, 2019.
Komen