China rampas 2,748 gading gajah


Sejak penghujung 2017 China mula mengharamkan penjualan gading gajah sebagai usaha untuk mengekang pasaran produk tersebut. – Gambar AFP, 16 April, 2019.

PIHAK berkuasa China merampas 2,748 gading gajah seberat 7.5 tan, dalam satu satu operasi besar-besaran untuk membanteras penjualan produk hidupan liar secara haram di negara itu.

Sejak penghujung 2017 China mula mengharamkan penjualan gading gajah sebagai usaha untuk mengekang pasaran produk tersebut. Manakala pengimportannya diharamkan pada 2015.

Menurut Pentadbiran Am Kastam (GAC) negara itu, gading-gading yang diseludup dirampas dalam satu operasi yang dijalankan oleh pegawai kastam dan polis di enam wilayah pada bulan lepas.

“Ini adalah jumlah terbesar yang dirampas dalam satu kes yang disiasat oleh biro anti penyeludupan GAC beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Pengarah Biro Anti Penyeludupan GAC, Sun Zhijie.

“Operasi juga berjaya mematahkan rangkaian pertubuhan jenayah antarabangsa yang menjalankan aktiviti penyeludupan gading gajah.”

Seramai 20 suspek ditahan.

Gading-gading dihantar ke negara-negara Afrika dengan kapal. Selepas melalui beberapa negara, gading yang disembunyikan di bawah kayu itu diseludup masuk melalui sempadan China, kata Sun. – AFP, 16 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen