Bekas gabenor Bill Weld umum sertai pilihan raya presiden AS


Bekas gabenor Massachusetts, Bill Weld berusia 73 tahun baru-baru ini menyertai semula Parti Republikan selepas menghabiskan beberapa tahun sebagai pendukung kebebasan. – Gambar EPA, 16 April, 2019.

BEKAS gabenor Massachusetts, Bill Weld secara rasmi semalam mengumumkan dirinya sebagai calon merebut jawatan presiden Amerika Syarikat, menjadi Republikan pertama mencabar Presiden Donald Trump dalam pilihan raya Presiden 2020, lapor agensi berita Xinhua.

“Suara rakyat Amerika telah diabaikan dan negara kita sedang menderita. Sudah tiba masanya kembali kepada prinsip Lincoln - kesamaan, maruah dan peluang kepada semua,” kata Weld dalam satu kenyataan. 

Weld yang menjadi gabenor Massachusetts dari 1991 hingga 1997 merupakan pengkritik  utama terhadap pentadbiran Trump. 

“Saya fikir jika dalam tempoh enam tahun lagi kita ditadbir oleh pihak yang sama ia boleh menjadi satu tragedi politik,” kata Weld kepada CNN.

Calon berusia 73 tahun itu baru-baru ini menyertai semula Parti Republikan selepas menghabiskan beberapa tahun sebagai pendukung kebebasan. 

Selain itu, bekas Gabenor Ohio, John Kasich dan Gabenor Maryland, Larry Hogan juga dikatakan sedang mempertimbangkan sama ada akan menjadi calon untuk mencabar Trump. – Bernama, 16 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen