Korea Utara gesa Seoul berhenti jadi 'broker' pihak luar


Minggu lalu pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un berkata Seoul harus memainkan peranan lebih aktif dalam isu antara Korea dengan menyuarakan pandangan sendiri. – Gambar EPA, 16 April, 2019.

AGENSI media Korea Utara mahu Korea Selatan tidak membenarkan sebarang campur tangan pihak luar dalam isu membabitkan kedua-dua negara, lapor agensi berita Yonhap. 

Gesaan terbaru itu juga mahu Korea Selatan menangani isu antara Korea secara bebas tanpa campur tangan Amerika Syarikat.

Minggu lalu pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un berkata Seoul harus memainkan peranan lebih aktif dalam isu antara Korea dengan menyuarakan pandangan sendiri.

Sementara itu, seorang pemimpin parti Korea Utara, Rodong Sinmun berkata hubungan antara Korea adalah hal ehwal dalam negara dan harus diselesaikan secara sendiri.

“Bergantung kepada kuasa luar adalah pengakhiran kepada sesebuah dan sebaliknya  kerjasama di antara rakyat kedua-dua negara merupakan cara untuk menuju keamanan dan penyatuan,” katanya.

Tegasnya, pihak luar tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hubungan Korea Utara-Korea Selatan.

Media Korea Utara turut menuntut Korea Selatan lebih aktif dalam meningkatkan hubungan antara Korea dan berhenti menjadi “broker” pihak luar. – Bernama, 16 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen