EMPAT orang maut dalam insiden tembakan di tiga lokasi yang terletak dalam lingkungan lima kilometer di Penticton di barat Kanada semalam, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis Penticton.
Polis yang menahan seorang suspek lelaki pada kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan meminta orang ramai di bandar itu kekal di dalam rumah dan tempat kerja mereka serta mengelak kawasan pusat bandar yang disita polis kerana “satu situasi yang serius dan masih berlaku.”
Polis telah melancarkan satu operasi bagi memburu suspek insiden tembakan itu. – Bernama, 16 April, 2019.
Komen