NAJIB Razak tidak semestinya mengetahui sama ada wang dikreditkan ke akaunnya datang dari sumber haram, kata peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah, sambil menambah ia terpulang kepada pendakwa untuk membuktikannya.
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan hari ini, Shafee berkata terpulang kepada pendakwaan untuk membuktikan Najib terlibat dengan salah laku.
“Beliau (Najib) mungkin tidak mempunyai gambaran penuh semua urus niaga dalam akaun banknya. Terdapat banyak urus niaga,” kata Shafee.
“Masalahnya, apakah Datuk Seri Najib tahu perkara sebenar yang berlaku? Adakah beliau tahu sama ada wang yang masuk ke akaunnya datang daripada sumber haram?
“Itu adalah premis asas. Hanya kerana wang itu masuk ke akaun saya, itu tidak bermakna saya tahu sepenuhnya ia berpunca daripada sumber tidak sah. Dan ini kerana terdapat banyak individu yang terlibat.
“Pihak pendakwaan perlu menunjukkan beliau bersubahat, bahawa beliau adalah sebahagian daripada konspirasi. Itu adalah tugas pihak pendakwa, bukannya kami.” – 15 April, 2019.
Berita penuh di sini
Komen