5 ahli PKR ditahan kerana periksa kereta polis


Alfian Z.M. Tahir

Kelima-lima individu terbabit ditahan kerana didakwa menahan dan memeriksa sebuah kereta peronda polis semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Sabtu lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 April, 2019.

LIMA ahli PKR ditahan kerana didakwa menahan dan memeriksa sebuah kereta peronda polis semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop memberitahu The Malaysia Insight, kelima-lima individu berkenaan ditahan melalui beberapa operasi sepanjang dua hari lepas.

“Dua ditahan tengah hari semalam (Ahad), seorang ditahan pada hari sama dan dua lagi ditahan hari ini,” kata Mohamad.

Selepas PRK Rantau selesai Sabtu lalu, mereka yang memakai vest PKR menahan kereta polis untuk diperiksa. Kelima-lima mereka mendakwa kenderaan polis tersebut membawa kebihan kertas undi.

Kereta peronda polis itu mengiringi sebuah lagi kenderaan membawa kertas undi ke pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua pada pukul 6 petang.

Rakaman kejadian oleh seorang individu tidak dikenali di tenpat kejadian kemudiannya tular di media sosial. – 15 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen