China akan pulangkan sebahagian dari RM3.1 bilion bayaran pendahuluan ECRL, kata PM


Ragananthini Vethasalam

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Bakinya akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan selepas potongan bagi tuntutan yang disahkan susulan kerja-kerja yang terbantut, penggantungan, serta pembatalan jajaran utara.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 15 April, 2019 

CHINA akan kembalikan bayaran pendahuluan  sebanyak RM3.1 bilion bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada Putrajaya susulan perjanjian yang dimeterai pada Jumaat, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. 

Beliau berkata,  syarikat China Communications Construction Company Ltd (CCCC) akan mengembalikan jumlah yang dibayar sebagai bayaran pendahulan bagi Fasa 2, Landasan Berkembar dan Jajaran Utara di bawah kontrak asal. 

“RM500 juta akan dipulangkan dalam tempoh seminggu dari 12 April,  2019 dan RM500 juta lagi dalam tempoh sebulan dari sekarang membabitkan  RM1 bilion,” kata Dr Mahathir pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Bakinya akan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan selepas potongan bagi tuntutan yang disahkan susulan kerja-kerja yang terbantut, penggantungan, serta pembatalan jajaran utara.

Sidang media Dr Mahathir hari ini adalah untuk menjelaskan pemeteraian Perjanjian Tambahan (SA) antara CCCC dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd pada 12 April.

SA itu meliputi Fasa Satu dan 2 kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian ECRL pada harga yang dikurangkan kepada RM 44 bilion.

Katanya, kejayaan rundingan semula, yang diketuai Daim Zainuddin, menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan mampu mendapatkan perjanjian yang lebih adil berbanding perjanjian berat sebelah yang dirundingkan pentadbiran sebelum ini.

“Bantahan utama kerajaan Pakatan Harapan untuk projek ECRL yang asal adalah berdasarkan laluan dan kelajuan di mana kontrak asal dirundingkan dan ditandatangani pada tahun 2016.

“Ia adalah harga lumpsum yang tidak mencukupi, yang tidak jelas dari segi spesifikasi teknikal, harga dan, dengan lanjutan, justifikasi ekonomi.

“Oleh kerana kontrak asal telah dipersetujui melalui dasar kerajaan-kepada-kerajaan, kerajaan PH, ketika merundingkan perjanjian yang lebih baik untuk ECRL, terpaksa bekerja dalam kekangan perjanjian yang ada,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan mempunyai pilihan untuk merundingkan semula atau membayar kos pembatalan sebanyak RM21.78 bilion, oleh itu ia memilih untuk kembali ke meja rundingan bagi mendapatkan perjanjian yang lebih saksama.

Di bawah perjanjian baru ini, kos pembinaan telah dikurangkan kepada RM44 bilion dari yang asal RM65.5 bilion.

Perjanjian tambahan baru itu juga akan menyaksikan pihak Malaysia terlibat dalam proses pembinaan yang sebelum ini bukan sebahagian daripada kontrak asal.

Perjanjian itu juga akan menyaksikan penglibatan kontraktor tempatan dalam kerja-kerja sivil ditingkatkan kepada 40% daripada 30%.

Ia juga meliputi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian ECRL.

Sementara itu, CCCC juga akan menyediakan sokongan teknikal dan berkongsi risiko operasi selepas projek selesai.

Pengaturan ini akan meringankan beban kewangan di Malaysia, yang sebelum ini akan menanggung kos keseluruhan operasi dan pengurusan.

Dr Mahathir berkata kos projek yang dikurangkan itu juga menurunkan kadar faedah yang perlu dibayar kepada Exim Bank China.

Sementara itu, CCCC juga bersetuju untuk membayar balik RM1 bilion daripada bayaran pendahuluan RM3.1 bilion yang dibayar untuk Fasa 2, Landasan Berkembar dan Jajaran Utara berdasarkan kontrak asal. – 15 April, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen