TIGA orang terbunuh dan tiga lagi cedera apabila sebuah pesawat tergelincir dari landasan dan merempuh dua buah helikopter ketika berlepas dekat Gunung Everest hari ini.
Kejadian itu berlaku di lapangan terbang Lukla yang merupakan pintu utama ke wilayah Everest dan mempunyai reputasi sebagai lapangan terbang paling berbahaya di dunia ketika mahu berlepas atau mendarat.
Seorang juruterbang pesawat jenis Let L-410 dari syarikat penerbangan Summit Air dan pegawai lapangan terbang terbunuh serta-merta di lokasi kejadian.
Manakala seorang lagi mangsa iaitu anggota polis meninggal di hospital di Kathmandu.
Pesawat itu dipercayai tergelincir ke arah helipad ketika mahu berlepas dan berlanggar dengan dua buah helikopter.
Tiga lagi mangsa yang cedera dihantar ke Kathmandu untuk mendapatkan rawatan. – AFP, 14 April, 2019.
Komen