Jutawan main peranan penting dalam pilihan raya India


Penyokong BJP menghadiri himpunan besar-besaran di Bangalore, India, semalam. Pemilihan untuk pilihan raya India akan berakhir 23 Mei depan. – Gambar EPA, 14 April, 2019.

JUTAWAN India memainkan peranan penting dalam pemilihan paling mahal di Asia, dari kempen pendanaan dan sokongan tersendiri sehingga menjadi isu panas.

Pemilihan semula Perdana Menteri, Narendra Modi mendapat sokongan kewangan yang besar daripada syarikat korporat India yang menimbulkan kebimbangan mengenai integriti proses demokrasi terbesar di dunia, kata pakar.

Sementara itu, parti lawan Rahul Gandhi sedang cuba mengeksploitasi kesepakatan jet pejuang yang melibatkan Anil Ambani.

Proses pemilihan semakin mahal di India dan para penganalisis berkata, parti bergantung kepada derma daripada ahli perniagaan tidak bernama yang menyebabkan kurangnya ketelusan dan bimbang berlakunya konflik kepentingan.

“Terdapat trend kea rah plutokrasi,” kata Niranjan Sahoo, badan pemikir Yayasan Penyelidik (ORF) kepada AFP.

“Pengaruh korporat yang tidak terkawal memberi kesan serius terhadap dasar yang dibuat,” katanya.

Pusat Pengajian Media yang berpangkalan di New Delhi menganggarkan sekitar US$5 bilion (RM21 bilion) dibelanjakan semasa pilihan raya 2014.

Kumpulan itu berpendapat bahawa pemilihan pada 2019 boleh mencapai sehingga US$ 7 bilion menjadikannya salah satu pilihan raya paling mahal di peringkat global.

“Pilihan raya menjadi semakin mahal untuk banyak alasan struktur,” kata Milan Vaishnav seorang senior di Carnegie Endowment kepada AFP. – AFP, 14 April, 2019.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen