Bapa pengasas WikiLeaks gesa Australia bawa pulang anaknya


Pengasas WikiLeaks, Julian Assange ditahan di London pada Khamis lalu atas dakwaan mengelak untuk dibicarakan dan menolak ektradisi ke AS kerana membocorkan maklumat rasmi. – Gambar EPA, 14 April, 2019.

BAPA pengasas WikiLeaks Julian Assange, menggesa kerajaan Australia untuk membawa pulang anaknya kerana dia terkejut dengan keadaan anaknya lelakinya itu yang ditahan di London pada minggu lepas.

John Shipton yang merupakan setiausaha Parti WikiLeaks ketika anaknya cuba bertanding merebut kerusi Senat pada pilihan raya umum 2013, dilaporkan melawat anaknya setiap Krismas di Kedutaan Ecuador di London selepas Assange mendapatkan perlindungan di sana pada 2012.

“Jabatan Hal Ehwal Luar (DFAT) dan perdana menteri perlu melakukan sesuatu,” kata Shpton pada akhbar Herald Sun.

“Perkara ini boleh diselesaikan untuk memuaskan hati semua pihak. Terdapat perbincangan antara seorang senator dan pegawai kanan DFAT untuk mengekstradisi Asangge ke Australia.”

Shipton berkata beliau terkejut dengan keadaannya anaknya yang ditahan di kedutaan itu pada Khamis lalu atas tuduhan mengelak untuk dibicarakan dan menolak ektradisi ke AS kerana membocorkan maklumat rasmi.

“Saya melihat cara mereka (polis) mengheret dia keluar, keadaannya tidak kelihatan begitu baik. Saya berusia 74 dan kelihatan lebih baik daripadanya yang berusia 47 tahun. Ia amat mengejutkan.

“Dia irabat tinggal dalam sebuah penjara selama berbulan-bulan dan tidak dibenarkan pergi ke tandas kerana ada kamera yang memerhatikan setiap pergerakannya.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Australia Scott Morisson berkata Assange tidak akan menerima layanan istimewa daripada Canberra.

Assange mendapatkan perlindungan di Kedutaan Ecuador kerana enggan diekstradisi ke Sweden bagi menghadap pertuduhan melakukan serangan seksual dan merogol. Beliau menafikan kedua-dua tuduhan tersebut.

Ahli Parlimen Britain pada Sabtu menggesa kerajaan mereka untuk mengutamakan usaha mengekstradisi Assange ke Sweden.

Pendakwa raya Sweden menggugurkan siasatan awal berhubung tuduhan rogol itu pada 2017. – AFP, 14 April, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen