Pegawai renjer maut ditembak di Narathiwat


Seorang pegawai renjer maut ditembak manakala lima lagi cedera dalam satu kejadian letupan bom di Kg Wang Thong, Ranget, Narathiwat. – Gambar EPA, 14 April, 2019.

SEORANG pegawai renjer maut ditembak manakala lima lagi cedera dalam satu kejadian letupan bom di Kg Wang Thong, Ranget, Narathiwat.

Ketua Polis Narathiwat Maj. Gen. Dussadee Chusangkij berkata, dalam kejadian pada jam 3.30 petang waktu tempatan semalam, seorang pegawai renjer yang dalam perjalanan pulang ke rumah  ditembak individu tidak dikenali dipercayai bersembunyi dalam hutan.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kira-kira 30 minit kemudian, sebutir bom yang diletak di tepi jalan tidak jauh dari tempat kejadian tembak diletupkan dan menyebabkan lima anggota renjer cedera yang berada di lokasi cedera,” katanya.

Beliau berkata semua mangsa kini menerima rawatan di Hospital Narathiwat Ratchanakharin. – Bernama, 14 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen