DUA mangsa insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Melbourne kini bertarung nyawa, kata polis pada Ahad.
Menurut polis, empat mangsa dikejarkan ke hospital yang mana dua daripada mereka dalam keadaan kritikal selepas ditembak di luar sebuah kelab malam di pinggir bandar Prahran pada awal pagi Ahad.
Tiga daripada mereka berusia antara 29 dan 50 tahun, manakala umur mangsa keempat masih belum dikenal pasti, kata polis.
Jurucakap polis memberitahu AFP, insiden tembakan itu dipercayai tiada kaitan dengan keganasan.
Pasukan penyiasat melakukan siasatan sama ada ia melibatkan kumpulan geng bermotosikal,” lapor akhbar Australia, The Age.
Polis dijangka akan memberi maklumat lanjut hari ini.
Insiden tembakan jarang berlaku di Australia, yang mana undang-undang senjata api yang ketat diperkenalkan selepas 35 orang terbunuh pada 1996 dalam kejadian tembakan di Pelabuhan Arthur, Tasmania. – AFP, 14 April, 2019
Komen