BERPENGALAMAN sebagai pakar di jabatan kecemasan, Dr Shamsuriani Md Jamal pernah berdepan kes kanak-kanak berusia lapan tahun menonton porno sehingga ia membentuk pandangan mereka dalam kehidupan terutama dalam menangani jantina berlainan.
Habit ini terbukti disebabkan mereka pernah menjadi mangsa penderaan seksual atau mencuba adegan seks yang pernah ditonton.
Beliau melihat begitu banyak kes rogol dan cabul melibatkan kanak-kanak bawah umur yang mengakui mereka dipengaruhi oleh adegan yang ditonton dalam filem lucah.
Dr Shamsuriani berpendapat, gegala ini mendatangkan bahaya dan sangat membimbangkan.
Shamsuriani berkhidmat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan mengetuai Malaysians Against Pornography (MAP), sebuah organisasi yang berusaha mendedahkan bahaya pornografi terhadap orang ramai.
Beliau berkata, tinjauan pada 2017 dijalankan oleh Heriot Watt Malaysia University dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan 19% daripada 551 pelajar sekolah menengah didapati menonton pornografi pada usia 10 tahun.
Tujuh peratus responden juga mengatakan mereka menonton filem lucah sebelum usia 8 lapan dan 63% menggunakan telefon pintar untuk mengakses laman web lucah.
“Kajian itu mengejutkan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun sudah menonton filem lucah, apa yang anda fikir apabila anak-anak itu bercakap dalam kalangan mereka.
“Apabila dewasa, mereka jadi ketagih dan ketika itu masalah pun bermula,” katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insight.
Beliau menambah, pornografi ini tidak benar, ia fantasi dan sangat manipulatif.
“Mereka mahu anda mempercayai tindakan itu benar dan mahu kita percaya itu cara yang perlu dilakukan,” katanya. – 14 April, 2019
Berita penuh di sini.
Komen