SEORANG warga Itali dan temannya dari Kanada yang diculik Disember lalu di Burkina Faso masih hidup namun sudah dilarikan ke negara lain, kata jurucakap kerajaan Burnikabe.
Mubaligh dari Itali itu diculik pada September lalu di Niger dan mungkin ditahan di Burkina Faso dalam masa yang singkat, tambah jurucakap berkenaan.
Jurucakap kerajaan Burkina Faso, Remis Dandjinou membuat kenyataan itu di stesen televisyen Rai berhubung situasi tebusan dalam temu bual yang disiarkan pada Jumaat lalu.
Mereka memaklumkan, Luca Tacchetto, 30 dan warga Kanada berusia 34 tahun, Edith Blais tiada lagi di Burkina Faso, katanya.
Beliau menambah: “Kami yakin nyawa mereka tidak terancam. Kami boleh katakan mereka ini masih hidup.”
Blais and Tacchetto, dari Venice Itali dilaporkan hilang pada pertengahan Disember ketika memandu melalui Burkina Faso.
Sebelum itu, sekumpulan lelaki bersenjata menculik paderi Pier Luigi Maccali, 57 dari kediamananya di barat daya Niger pada September.
Ketika mengulangi kenyataan berhubung penculikan itu, Dandjinou menambah: “Apa yang penting adalah tiada pembunuhan, jika tidak pasti kita sudah menemui mayat.”
Ahli geologi Kanada diculik pada Januari dari sebuah lombong di barat laut Burkina Faso ditemui mati pada hari berikutnya.
Negara berkenaan berdepan ancaman penculikan dan sejak 2015 turut menghadapi serangan kumpulan militan. – AFP, 14 April, 2019
Komen