Warga Pakistan peringati mangsa serangan masjid di Christchurh


RIBUAN warga Pakistan berpakaian putih berkumpul di bandar Jhang semalam bagi membentuk imej Masjid al-Noor sempena memperingati mangsa serangan pengganas di Christchuch bulan lalu. – Gambar EPA, 13 April, 2019.

RIBUAN warga Pakistan berpakaian putih berkumpul di bandar Jhang semalam bagi membentuk imej Masjid al-Noor sempena memperingati mangsa serangan pengganas di Christchuch bulan lalu.

Imej yang dirakam menggunakan dron menunjukkan ribuan warga Pakistan memakai pakaian tradisional shalwar kameez berdiri di tanah lapang bagi membentuk imej masjid berkenaan dan tulisan ‘Islam is Peace’.

Bendera gergasi New Zealand dan Pakistan juga dipaparkan bersama sepanduk tertera “Solidarity with the martyrs of Christchuch form Pakistan”.

Acara itu merupakan anjuran sebuah organisasi bukan kerajaan dikenali sebagai Muslim Institute bertujuan mempromosi keamanan dan stabiliti dalam dunia Islam.

Warga Australia, Brentont Tarrant berusia 28 tahun berdepan 50 tuduhan membunuh dan 39 percubaan pembunuhan selepas melakukan serangan di Masjid Linwood dan Al Noor pada 15 Mac lalu.

Sembilan daripada 50 mangsa yang maut merupakan warga Pakistan. 

Penganjur memuji kerajaan New Zealand terutama Perdana Menteri, Jacinda Ardern berikutan sokongan diberikan kepada komuniti Muslim di negara itu ekoran serangan terbabit.

Sarjana agama dan salah seorang penganjur, Sahibzada Sultan Ahmad Ali berkata, sokongan Ardern bukan sahaja merawat luka komuniti Muslim malah turut menjamin keselamatan di negara itu.

“Kami bekerja keras untuk menjayakan acara ini,” kata seorang peserta, Noor Hassan kepada AFP.  – AFP, 13 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen