SERANGAN udara Israel di ibu negara Syria mencederakan tiga pejuang awal hari ini, kata agensi berita SANA.
Pemerhati-pemerhati perang yang berpangkalan di Britain mengatakan serangan tersebut membunuh beberapa pejuang warga Iran dan mencederakan 17 tentera Syria dan sekutu mereka.
Jurucakap tentera Israel bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan media asing.
“Sekitar 2:30 pagi… Tentera Israel melakukan serangan yang menyasarkan salah satu kedudukan tentera kami di bandar Misyaf,” di wilayah Hama utara Damsyik, petik SANA daripada sumber ketenteraan sebagai berkata.
“Kedudukan pertahanan udara kami diserang beberapa peluru berpandu Israel,” kata sumber tersebut di samping turut menambah bahawa serangan itu telah “mencederakan tiga orang pejuang dan memusnahkan beberapa bangunan”.
Pusat Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia mengatakan serbuan itu turut menyasarkan sebuah kolej tentera Syria di bandar tersebut dan dua bangunan yang digunakan pasukan Iran di beberapa kampung berdekatan - ia juga dikatakan adalah sebuah pusat pembangunan bagi peluru berpandu jarak sederhana di Zawi dan kem latihan di Sheikh Ghadban.
Israel telah melancarkan beratus-ratus serangan udara ke atas Syria menyasarkan kawasan-kawasan yang mempunyai pengaruh Iran dan Hizbullah. – AFP, 13 April, 2019.
Komen