SEORANG daripada tiga wanita yang terlibat dalam rancangan 2016 yang gagal untuk meletupkan sebuah kereta dipenuhi tong gas berhampiran gereja Notre Dame di Paris dijatuhi hukuman penjara lapan tahun semalam.
Ines Madanai, 22, dijatuhi hukuman selepas perbicaraan tiga hari di mana dia berdepan pertuduhan mengalakkan bakal pengganas untuk ke Syria dan terlibat dalam serangan terhadap Perancis antara Mac 2015 dan Jun 2016.
Dia menggunakan Telegram- sebuah aplikasi mesej yang digunakan secara meluas oleh pengganas.
Hakim Isabelle Prevost-Desprev berkata Madani “merekrut” Oumar Diaw, juga dikenali sebagai Abou Barrou, seorang pengganas berpengaruh dalam Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS).
Dia menggunakan pelbagai nama samaran dalam media sosial, menyamar misalnya sebagai Abu Souleymane, pengganas baru pulang dari Raqa untuk melakukan serangan di Perancis.
“Awak ada autonomi dalam pengurusan personaliti awak…keazaman awak menjadikan diri awam berbahaya,” kata hakim.
Peguam Madani, Laurent Pasquet-Marinacce berkata anak guamnya hanya berusia 18 tahun ketika melakukan jenayah itu dan dalam usaha mahukan pengiktirafan dan kasih sayang.
“Ini (keputusan) boleh diterima,” katanya.
Perbicaraan Madani untuk pertuduhan cubaan meletupkan kereta dipenuhi tong gas berhampiran gereja Notre Dame akan bermula 23 September. – AFP, 13 April, 2019.
Komen