SEKURANG-KURANGNYA 17 penduduk cedera dan seorang remaja Palestin terkorban dalam pertempuran terbaru dengan tentera Israel di sempadan Gaza, semalam.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin berkata remaja terbabit, Maysara Abu Shaloof, 15, ditembak di bahagian perut oleh tentera Israel di timur Jabalia.
Katanya, 17 mangsa lain dilaporkan cedera dalam pertempuran yang berlaku di beberapa tempat sepanjang sempadan Gaza.
Bagaimanapun tentera Israel enggan memberikan komen lanjut berhubung insiden itu.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 264 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel sejak insiden rusuhan yang bermula tahun lalu.
Ramai yang terbunuh ketika rusuhan, ditembak dengan kereta kebal dan serangan udara.
Difahamkan hanya dua tentera Israel yang terbunuh dalam insiden itu. – AFP, 13 April, 2019.
Komen