MAHKAMAH Jepun hari ini memutuskan bekas ketua Nissan, Carlos Ghosn yang didakwa atas salah laku kewangan akan terus ditahan sehingga 22 April.
Ghosn, 65, akan terus ditahan di pusat tahanan di Tokyo sehingga tarikh tersebut.
Pendakwa raya sedang meneliti tuduhan bahawa Ghosn menyeleweng kira-kira AS$5 juta daripada dana yang didakwa dipindahkan dari Nissan kepada pengedar di Oman dan membeli sebuah kapal layah mewah.
Ghosn masih belum didakwa di mahkamah atas tuduhan ini.
Jutawan itu setakat ini dihadapkan dengan tiga pertuduhan berasingan. Dua daripadanya berkait dengan berjuta dolar gaji yang dipercayai dirahsiakan daripada pemegang saham. Pertuduhan ketiga melibatkan dakwaan memindahkan kerugian peribadi kepada akaun Nissan.
Ghosn menafikan semua tuduhan dan menerusi video yang disiarkan pada 9 April, beliau berkata ia merupakan satu plot oleh para eksekutif Nissan yang bimbang terhadap integrasi dengan rakan kongsi dari Perancis, Renault.
Isterinya, Carole, yang menjadi tumpuan siasatan, disiasat oleh pihak berkuasa.
Menurut sumber, sekitar AS$5 juta dibelanjakan untuk membeli kapal layar mewah disalurkan ke sebuah syarikat tersenarai di British Virgin Island di mana Caroleh adalah presiden. – AFP, 12 April, 2019.
Komen