Nepal haramkan permainan video PUBG


Nepal mengharamkan permainan video popular yang sangat ganas PUBG, kerana bimbang impaknya terhadap kanak-kanak. – Gambar AFP, 12 April, 2019.

NEPAL mengharamkan permainan video popular yang sangat ganas “PlayerUnknown’s Battlegrounds” atau PUBG, kerana bimbang impaknya terhadap kanak-kanak, kata pihak berkuasa.

Dalam permainan itu yang boleh dimainkan beberapa pemain dalam satu masa, pemain akan turun dari payung terjun ke sebuah pulau dna mendapatkan senjata serta peralatan untuk membunuh orang lain demi kelangsungan hidup. Pemain atau pasukan terakhir yang masih hidup dianggap pemenang.

Pihak berkuasa telekomunikasi Nepal mengeluarkan pekeliling kepada semua penyedia perkhidmatan Internet untuk menyekat PUBG atas arahan mahkamah daerah Kathmandu.

Permainan video perang itu dihasilkan oleh South Korean firm Bluehole Inc, dimuat turun lebih 100 juta kali di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 2017.

Ibu bapa dan pendidik berkata permainan video itu mencetuskan keganasan dan mengganggu pelajar daripada pembelajaran.

Tahun lalu, China mengumumkan kawalan baharu terhadap jumlah permainan video online, mengehadkan pengeluaran baharu, dan mengenakan peraturan terhadap pemain bawah umur bagi mengurangkan tempoh mereka menghadap skrin.

PUBG turut diharamkan di Gujarat, India di mana berpuluh-puluh individu ditahan kerana bermain permainan itu.

Seorang menteri di Goa menyifatkan PUBG sebagai “syaitan di setiap rumah”. – AFP, 12 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen