SEKURANG-KURANGNYA lima orang terbunuh dan tiga hilang selepas beberapa bengkel dan gudang pembuatan di Hanoi terbakar awal pagi tadi, lapor media luar negara.
Kebakaran itu bermula dari tanaman kecil yang merebak ke tong kitar semula dan pusat penyimpanan barangan beku serta produk kayu, menurut Vietnam News Agency (VNA).
“Pihak berkuasa menjumpai dan mengeluarkan lima mayat yang terperangkap dalam bengkel tersebut.
“Mereka turut mencari tiga lain yang masih hilang,” lapor VNA.
Polis masih menyiasat punca kebakaran yang berlaku pada Subuh itu.
Gambar dari lokasi kejadian menunjukkan anggota bomba sedang mengeluarkan mayat mangsa dari tapak yang hangus dengan bumbung logam runtuh di antara runtuhan yang terbakar.
Mangsa berkata, api itu membakar dengan cepat bengkel dan gudang yang merupakan bangunan komersial tidak formal yang biasa dilihat di seluruh Hanoi.
“Dalam masa 20 minit, air dari bengkel plastik menjualng tinggi. Tiada siapa sempat memadamnya kerana kebakaran terlalu kuat,” kata saksi Vu Van Can kepada laman berita VnExpress.
Kebakaran gudang merupakan perkara biasa di Vietnam di mana langkah pencegahan dan perkhidmatan memadam kebakaran masih kurang berkembang di negara itu.
Tahun lepas seramai 13 orang terbunuh selepas sebuah apartment di Ho Chi Minh terbakar dan menyebabkan ramai yang terperangkap. – AFP, 12 April, 2019
Komen