USAHA Putrajaya membangunkan semula Felda akan bergantung pada bagaimana berkesannya pelaksanaan pelan mereka dalam Kertas Putih untuk memulihkan skim tanah rancangan yang terpalit hutang itu, kata kumpulan peneroka.
Kumpulan itu yang mewakili sejumlah besar lebih 112,600 keluarga tinggal di penempatan Felda, mengalu-alukan Kertas Putih kerajaan Pakatan Harapan yang mendedahkan kedudukan kewangan yang kritikal agensi itu dan langkah yang akan diambil bagi membaiki masalah itu.
Tetapi apa yang dibimbangkan ialah sama ada pengurusan Felda, agensi yang menguruskan tanah rancangan itu, mampu menjalankan cadangan kerajaan dengan berkesan.
Mereka mendakwa pengurusan agensi itu dan lembaga pengarahnya sebelum ini, cenderung tidak melaksanakan dengan baik sebarang rancangan yang disusun.
Antara yang menyebabkan kemarahan ramai peneroka ialah Felda Technoplant Sdn Bhd (FTP), salah satu anak syarikat yang didakwa gagal menguruskan dan menuai empat hektar milik mereka dengan secukupnya.
Suara Generasi Kedua Felda (SGK2F) dan Majlis Belia Felda (MBDM) berkata pemulihan semula Felda tidak mungkin berlaku tanpa mengubah FTP, kerana ia bertanggungjawab dalam menguruskan semua pemilikan peneroka.
Penasihat SGK2F Zulkefli Nordin berkata pengurusan tertinggi Felda perlu ditukar dan diperbaharui kerana mereka gagal mentadbir.
“Kalau tidak, berapa banyak pun anda ubah kerajaan, cadangan untuk menghidupkan semula Felda tidak akan berjaya,” kata Zulkefli.
Kumpulan itu berkata walaupun mereka mengalu-alukan model perniagaan baharu cadangan kerajaan untuk Felda, tetapi ia perlu dibincangkan lagi dengan keluarga peneroka di 317 tanah rancangan supaya mereka mendapat pembelian maksimum.

Mereka juga berharap Putrajaya akan menyiapkan lebih banyak skim perumahan untuk peneroka generasi kedua yang terbengkalai, kerana mereka sudah pun membayar rumah berkenaan.
“Kerajaan juga perlu menaikkan harga minyak kelapa sawit dan getah kerana peneroka bergantung pada komoditi itu sebagai sumber pendapatan utama,” kata Presiden MBDM Muhammad Fadzli Hasan.
Pembelian maksimum
Pada masa ini terdapat sejuta individu di 112,635 keluarga peneroka yang tinggal di 317 tanah rancangan Felda di seluruh semenanjung Malaysia.
Putrajaya mengumumkan ia memperuntukkan RM6.23 bilion dalam bentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan untuk menghidupkan semula dan mengubah agensi pembangunan tanah itu.
Kira-kira satu pertiga atau RM2 bilion daripada peruntukan kerajaan itu akan digunakan untuk membayar kadar faedah ditanggung oleh peneroka yang mengambil pinjaman penanaman semula dan pendahuluan pendapatan. – 12 April, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen