Pengasas WikiLeaks Julian Assange ditahan 


Pengasas WikiLeaks Julian Assange tinggal di kedutaan terbabit sejak 2012 bagi mendapatkan perlindungan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 April, 2019

POLIS Britain menahan pengasas WikiLeaks Julian Assange di kedutaan Ecuador di London selepas suakanya ditarik balik, kata pasukan keselamatan itu dalam satu kenyataan hari ini. 

Julian tinggal di kedutaan berkenaan sejak 2012, ketika mendapatkan perlindungan di sana. 

WikiLeaks mendakwa Ecuador “secara salah” menarik balik suaka Julian, dan berkata kedutaan Ecuador mengundang polis memasuki bangunan itu untuk menahannya. 

“Ecuador secara salah membatalkan suaka politik Julian Assange dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa,” menurut laman itu di Twitter, dan menambah kedutaan berkenaan mengundang polis Britain memasuki bangunannya dan membuat penahanan itu.

Beliau sebelum ini enggan meninggalkan kedutaan itu, bimbang diekstradisi ke Amerika Syarikat, yang mana WikiLeaks menyatakan beliau berdepan pemdakwaan kerana laman webnya menerbitkan fail yang digodam dari Jabatan Negara AS dan Pentagon.

WikiLeaks minggu lalu memberi amaran bahawa pembatalan suaka Julian Assange itu boleh berlaku “bila-bila masa”, dengan menyebut sumber di Ecuador. – AFP, 11 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen