PERDANA Menteri Australia, Scott Morrison pada Khamis mengisytiharkan pilihan raya umum negara itu akan diadakan pada 18 Mei, menandakan bermulanya kempen yang akan memberi tumpuan besar kepada isu iklim dan ekonomi.
Pilihan raya itu akan memutuskan sama ada kerajaan konservatif mampu meneruskan penggal ketiga yang jarang berlaku dan sama ada Morrison boleh bertahan untuk terus berkuasa.
Tinjauan secara konsisten menunjukkan lawannya daripada parti Buruh mendahului, mengarah kepada kerajaan baru yang dipimpin oleh bekas pemimpin kesatuan Bill Shorten.
Tetapi pilihan raya Australia kebiasaannya sengit, dengan beberapa puluh kerusi marginal menjadi penentu. Dan kedua pemimpin parti mempunyai penilaian penerimaan yang rendah. – AFP, 11 April, 2019.
Komen