PUTRAJAYA bersandarkan kepada model perniagaan baharu untuk Felda bagi memastikan ia terus berdaya maju.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata Felda tidak boleh lagi bergantung kepada model lama di mana setiap hasil skim perladangan di perolehi daripada peneroka yang mengusahakan ladang sawit seluas empat hektar.
“Kita tak boleh bersandarkan kepada model semasa kerana ia membebankan peneroka dan kerajaan. Kita mewujudkan model baharu yang boleh gabungkan tanah-tanah ini pada skala besar. Ini akan memastikan tanah-tanah diurus dengan produktif pada kos yang rendah,” kata Azmin ketika menggulung perbahasan Kertas Felda di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu ketika pembentangan hari ini, Azmin berkata model tersebut membolehkan setiap lot empat ekar akan dipajak dan digabungkan bersama di ladang yang lebih besar supaya dapat diurus dengan lebih cekap.
Ini akan menyelesaikan masalah yang sering dihadapi di kebanyakan penempatan Felda iaitu peneroka generasi pertama yang menerima lot masing-masing sudah lanjut usia dan tidak mampu lagi mengerjakan tanah mereka. Dianggarkan 80% daripada 112, 635 peneroka generasi pertama berusia 60 tahun ke atas.
Kumpulan kebajikan para peneroka sudah lama membangkitkan kekurangan sistem warisan Felda untuk menetukan bagaimana dan apakah tanah milik generasi pertama akan diwariskan kepada pasangan atau waris mereka.
Model perniagaan baharu ini adalah komponen utama rancangan kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu Felda sejak pentadbiran Najib Razak. – 10 April, 2019.
Komen