Koperasi, ladang kontrak bantu tingkat hidup pesawah, kata pakar


Ragananthini Vethasalam

Felo Pelawat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) Dr Fatimah Mohamed berkata pesawah hidup dalam kemiskinan akibat masalah struktur yang serius yang langsung tidak berubah sejak 60 tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 April, 2019.

PENGENALAN kepada koperasi dan perladangan kontrak selain memecahkan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas) adalah antara langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan taraf hidup pesawah, kata ahli akademik.

Felo Pelawat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) Dr Fatimah Mohamed berkata pesawah hidup dalam kemiskinan akibat masalah struktur yang serius yang langsung tidak berubah sejak 60 tahun lalu.

“Masalahnya tetap sama, pesawah masih miskin walaupun terdapat campur tangan dalam pasaran sepanjang 60 tahun - harga minimum terjamin (GMP), harga siling, sokong pengilang, meningkatkan subsidi dalam epanjang 60 tahun lalu. Mengapa pesawah masih hidup miskin?

“Jika masalah ini berterusan dari tahun ke tahun, bermakna ada masalah struktur asas. Struktur industri kita tak berubah malah jurang pemisahan semakin melebar,” katanya pada pelancaran laporan “Status Industri Padi dan Beras di Malaysia”, hari ini.

Jelas Fatimah, perubahan perlu dilaksanakan di peringkat ladang, iaitu pesawah tidak hanya tertumpu kepada penanaman padi.

Pesawah katanya, perlu berdaya saing dan diperkasakan dengan teknologi, jentera serta kemahiran keusahawanan.

Ini dapat dilakukan dengan adanya koperasi dan pertanian kontrak. – 10 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen