USAHA melindungi pesawah dan pengguna beras menyebabkan orang tengah iaitu pengilang terbeban, menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
Laporan bertajuk “Status Industri Padi dan Beras di Malaysia” yang dilancarkan hari ini mengambil perhatian bahawa industri padi kini lemah akibat “segment favouritism”.
Terdapat 157 pengilang berlesen di Malaysia setakat 2016.
Penulis utama laporan, Dr Sarena Che Omar, berkata harga minimum terjamin (GMP) bagi pengilang untuk membeli padi dari pesawah dan harga beras yang ditetapkan pada RM1.80 adalah untuk meningkatkan pembelian pengguna telah membebankan pengilang.
“Orang tengah menerima kesan untuk melindungi pesawah dan pengguna,” kata Sarena.
“Apabila terdapat dua dasar saling bercanggah, orang tengah tidak dapat keuntungan.” – 10 April, 2019.
Komen