Penghadang tambahan menyukarkan mangsa selamatkan diri


Muzliza Mustafa

Penghadang itu tidak termasuk dalam pelan asal bangunan yang dihantar kepada Jabatan Bomba untuk pemeriksaan keselamatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor HHussain, 14 September, 2017.

SEBUAH penghadang didirikan secara rambang di tingkat dua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqqiyah yang mana 23 orang terbunuh, yang menghalang peluang untuk mangsa menyelamatkan diri, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Kirudin Drahman.

Penghadang itu tidak termasuk dalam pelan asal bangunan yang dihantar kepada Jabatan Bomba untuk pemeriksaan  keselamatan oleh arkitek pada 2015.

Dalam pelan asal yang diberi, terdapat dua pintu keluar masuk, tapi bila struktur itu dibina, ia tidak mengikut pelan asal yang diserahkan kepada Jabatan Bomba, kata Khirudin.

Tambahan pula, katanya tiada permohonan yang dibuat kepada jabatan untuk pemeriksaan keselamatan selepas bangunan itu siap dibina.

“Saya sangat tegas dalam hal ini. Tiada peluang untuk bangunan ini mendapat kelulusan daripada saya sengan pelan yang diberikan ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Pelasn asal yang diserahkan kepada kami adalah baik. Tetapi apabila mereka dirikan penghadang, ia mengecilkan peluang untuk menyelamatkan diri sekiranya beraku kebakaran, sebagaimana yang berlaku hari ini. Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya dua laluan keluar dan masuk.”

Berita berkaitan: Apa yang kita tahu tentang kebakaran tahfiz Kampung Datuk Keramat, https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/14682

Katanya, pengendali sekolah itu berkata, mereka mula berpindah ke bangunan itu tujuh bulan lalu yang menunjukkan ia tidak diperiksa oleh jabatan itu.

“Apabila bangunan siap, koordinator projek perlu rujuk semula kepada kami untuk memohon pemeriksaan keselamatan. Sekiranya bangunan tidak mengikut pelan asal, kami akan tolak permohonan. Dalam kes ini, kami tidak pernah terima permohonan untik pemeriksaan,” kata Khirudin.

Khirudin berkata, masalah yang dihadapi dengan kebanyakan sekolah tahfiz adalah pengendali atau pemiliknya tidak menekankan soal keselamatan kerana kepercayaan agama bahawa mereka akan dilindungi oleh tuhan.

“Sebab itulah mereka mengambil ringan soal keselamatan,” katanya dan menambah insiden hari ini merupakan kes yang ke 30 membabitkan sekolah tahfiz sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, benda mudah seperti alat pemadam api juga hilang daripada tingkat di mana 23 orang itu terbunuh.

“Insiden itu boeh dicegah sekiranya pemaju bertemu serta memenuhi langkah keselamatan yang diletakkan oleh jabatan.” – 14 September, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen