Mahkamah Persekutuan tolak 3 rayuan Najib


Bede Hong

Najib Razak di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, hari ini. Beliau gagal mendapatkan maklumat siasatan SPRM, pemindahan kes dan gag order berhubung kes SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 10 April, 2019.

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak ketiga-tiga rayuan Najib Razak berhubung  perkara interlokutori yang berkaitan dengan kes SRC International dihadapi beliau.

Panel tujuh hakim, diketuai oleh Ketua Hakim Richard Malanjum, juga memutuskan berpihak kepada Peguam Negara Tommy Thomas dengan membenarkan rayuannya terhadap perintah mahkamah untuk menunjukkan surat pelantikan pendakwa raya Sulaiman Abdullah.

Mahkamah memutuskan tidak berpihak peada ketiga-tiga rayuan interlokutori itu - satu permintaan untuk dokumen bukti dan siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, termasuk kenyataan saksi; kesahihan pemindahan kes SRC International ke mahkamah tinggi berikutan penarikan balik sijil pemindahan oleh peguam negara; dan gag order terhadap media dan orang ramai daripada membincangkan kes jenayah Najib. – 10 April, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen