EU gesa UK jelaskan penangguhan Brexit


Pada 5 Mac, Perdana Menteri Britain Theresa May mengutus surat kepada Presiden Majlis EU Donald Tusk, meminta Brexit ditangguhkan sehingga 30 Jun. – Gambar EPA, 10 April, 2019.

PERMOHONAN United Kingdom (UK) menangguhkan Brexit seharusnya dianggap sebagai “hasrat”, lapor agensi berita Anadolu memetik Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michael Barnier, pada Selasa.

Barnier menggesa UK menjelaskan apa yang dimahukan negara itu menerusi penangguhan Brexit.

“Penangguhan seharusnya menjadi satu hasrat dan perlu ada tempoh dalam mencapai objektif,” katanya pada sidang akhar yang diadakan selepas persidangan Majlis Hal Ehwal EU di Luxembourg.

“Penarikan balik persetujuan tidak akan dirundingkan semua,” kata Barnier.

Beliau berkata EU sedia untuk mengemas kini deklarasi politik yang akan menentukan hubungan masa depan kedua-dua pihak dengan cara memasukkan kesatuan budaya, andai dipohon oleh UK.

Sambil menegaskan EU memilih untuk keluar secara teratur, Barnier berkata: “Keluar tanpa sebarang aturan bukan pilihan EU. UK perlu bersetuju terhadap satu bentuk aturan bagi mengelak keadaan tanpa aturan.”

Pada 5 Mac, Perdana Menteri Britain Theresa May mengutus surat kepada Presiden Majlis EU Donald Tusk, meminta Brexit ditangguhkan sehingga 30 Jun.

Pemimpin Eropah memutuskan untuk membincangkan permohonan May dan mesyuarat berkenaan akan diadakan di Brussel pada Rabu.

Setakat ini, Parlimen Britain sudah tiga kali menolak tawaran aturan Brexit yang dibentangkan May.

May berkata UK akan terus berusaha untuk mendapatkan ratifikasi bagi membolehkan 23 Mei sebagai tarikh akhir negara itu bersama EU, tetapi andai gagal, ia akan membuat persediaan untuk menyertai pilihan raya Parlimen Eropah yang juga sudah ditetapkan pada tarikh berkenaan.

UK sepatutnya keluar dari blok itu pada 12 April selepas ditunda daripada tarikh asal 29 Mac, tetapi sehingga kini Parlimen Britain belum dapat menerima perjanjian yang dicapai dengan EU. – Bernama, 10 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen