PELAKON Lori Loughlin dikenakan tuduhan kedua semalam susulan skandal rasuah kemasukan kolej, ada kemungkinan beliau dihukum penjara.
Aktres itu, dikenali dengan lakonan dalam siri “Full House”, itu berdepan dakwaan bersubahat melakukan pengubahan wang haram selain bersubahat melakukan penipuan kewangan menggunakan teknologi maklumat, kata pendakwa raya persekutuan, Andrew Lelling.
Tuduhan kedua membawa hukuman 20 tahun penjara, menjadikan tempoh hukuman yang dihadapinya 40 tahun.
Tidak seperti pelakon Felicity Huffan, juga antara 33 yang didakwa dalam kes itu, Loughlin memilih mengaku tidak bersalah, langkah yang selalunya mengurangkan hukuman selain mengelakkan perbicaraan.
Dalam kes Huffman, pejabat pendakwa mencadangkan hukuman paling ringan, minimum empat bulan penjara.
Walaupun Loughlin memutuskan untuk mengaku bersalah kemudian, cadangan hukuman masih tinggi disebabkan tuduhan kedua dan jumlah wang terbabit.
Huffman mengaku bersalah membayar suapan AS$15,000 (RM61,000) untuk membantu anak perempuannya mendapat markah lebih baik dalam peperiksaan memasuki kolej SAT, manakala Loughlin dan suaminya dituduh membayar AS$500,000 (RM2.04 juta) supaya dua anak perempuan mereka dapat memasuki Universiti Southern California. – AFP, 10 April, 2019.
Komen