Levi pelepasan hanya untuk perjalanan udara, kata Guan Eng


Ragananthini Vethasalam

Levi pelepasan hanya akan dikenakan bagi perjalanan udara antarabangsa dan tidak melibatkan jenis pengangkutan lain, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 9 April, 2019.

LEVI pelepasan hanya akan dikenakan bagi perjalanan udara antarabangsa dan tidak melibatkan jenis pengangkutan lain, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Hanya bagi udara, tiada kena mengena dengan jalan raya dan pelabuhan. Hanya penerbangan udara luar Malaysia,” beliau memberitahu pemberita selepas merasmikan Anugerah SME CGC Ke-24, hari ini.

Lim berkata kerajaan sedang memuktamadkan mekanisme pelaksanaan levi tersebut. 

“Kita akan buat keputusan nanti. Saya tak fikir kita akan laksanakannya segera, mungkin memerlukan beberapa bulan lagi (sebelum laksana).”

Bagaimanapun, menteri kewangan itu berkata jemaah haji dan umrah akan dikecualikan daripada cukai tersebut.

“Bagi yang pertama kali mengerjakan haji atau umrah, mereka dikecualikan. Kita akan umumkan formulanya nanti,” katanya.

Pengumuman dijangka dibuat selepas musim menunaikan haji tahun ini.

Tambah beliau, levi pelepasan turut dikenakan ke atas penumpang jet peribadi. – 9 April, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen