Tak perlu jawatankuasa pemilih untuk Perjanjian Malaysia, kata Shafie 


Bede Hong

Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata tidak perlu tubuh jawatankuasa pemilih parlimen untuk menangguhkan Perjanjian Malaysia 1963.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2019

KETUA Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal menolak permintaan untuk menubuhkan jawatankuasa pemilih parlimen bagi membincangkan Perjanjian Malaysia 1963.

Beliau yang juga ahli Parlimen Semporna berkata, tiada keperluan untuk jawatankuasa pemilih bagi mengembalikan hak negeri Borneo secara berperingkat. 

“Nenek moyang kami menandatangani satu isu asas ini, kami tidak mahu menunggu selama 55 tahun,” katanya kepada Dewan Rakyat semasa perbahasan mengenai pindaan Perkara 1 (2) Perlembagaan hari ini.

Ketika ini, Sabah dan Sarawak dienaraikan sebagai satu daripada 13 negeri Malaysia. Pindaan itu bagi mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak dengan membezakan kedudukan dua negeri berkenaan dengan memisahkannya daripada 11 negeri lain. 

Namun ahli Parlimen pembangkang Sabah dan Sarawak berkata ia tidak memadai dan mahukan lebih banyak pindaan untuk disertakan dengan pindaan Perkara 1(2). Termasuk BN, ahli Parlimen berkenaan mahu menangguhkan pindaan dengan merujuknya kepada jawatankuasa pemilih. 

Shafie turut menolak kenyataan oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa bahawa mengembalikan MA63 merupakan perkara rumit dan perlu dikaji lebih lanjut menerusi jawatankuasa pemilih dan dipinda sebagai satu “pakej”.

“Ia mungkin kelihatan mudah (pindaan) tetapi ia menyalahi undang-undang Sabah dan Sarawak (sebagai rakan kongsi yang sama), kita nyatakan itu bukan hanya intonasi.  Inilah masa untuk melaksanakan perkara asas.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof dari Gabungan Parti Sarawak berkata, gabungan itu lebih bersetuju untuk menyokong rang undang-undang itu berikutan penambahan kata-kata “menurut maksud Perjanjian Malaysia 1963.” – 9 April, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen