Kazakhstan adakan pilihan raya mengejut 9 Jun


Nursultan Nazarbayev meletakkan jawatannya pada 20 Mac lalu dan digantikan sementara oleh Kassym-Jomart Tokayev. – Gambar EPA, 9 April, 2019.

PILIHAN raya mengejut bagi memilih presiden Kazakhstan bakal diadakan pada 9 Jun, umum presiden sementara, Kassym-Jomart Tokayev pada Selasa, lapor agensi berita Sputnik.

Tokayev menjadi presiden sementara pada 20 Mac lalu selepas peletakan jawatan oleh bekas presiden, Nursultan Nazarbayev.

“Saya telah membuat keputusan bahawa pilihan raya mengejut akan diadakan pada 9 Jun,” ujar Tokayev dalam siaran televisyen. – Bernama, 9 April, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen