Dewan Rakyat bakal bahas pindaan Perlembagaan pertama Pakatan


Chan Kok Leong

Timbalan Menteri Mohamed Hanipa Maidin membentangkan pindaan Perkara 1 (2) bagi Bacaan Kedua. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2019.

DEWAN Rakyat bersedia untuk pemindaan Perlembagaan pertama oleh Pakatan Harapan (PH) apabila ia membentangkan pindaan Perkara 1 (2) bagi Bacaan Kedua di Dewan Rakyat pagi ini.

Keadaan Dewan sibuk dengan aktiviti anggota Parlimen daripada PH dan parti pembangkang yang berkumpul awal untuk menghadiri perbahasan hari ini bagi memulihkan status Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan.

Selepas sesi soal jawab, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin membentangkan pindaan untuk Bacaan Kedua.

“Dan mesyuarat hari ini akan berterusan sehingga ia memutuskan untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan,” kata ahli Parlimen Sepang di Dewan Rakyat hari ini.

Perbahasan untuk pindaan itu dijangka bermula selepas makan tengah hari pada jam 2.30 petang.

Menurut kakitangan Parlimen, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual menghadiri perbahasan pada pukul 4 petang.

Inilah kali pertama kerajaan cuba meminda Perlembagaan sejak kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya 2008.
 
Kali terakhir Perlembagaan dipinda pada 2007 oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melanjutkan usia persaraan pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya kepada 66 tahun.

Tetapi langkah untuk memulihkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan mendapat tentangan daripada anggota Parlimen bukan kerajaan negeri Borneo.

Antara rungutan adalah pindaan Perkara 1 (2) sahaja tidak memadai dan lebih banyak yang harus dipinda untuk memulihkan kedudukan dua negeri Borneo itu. – 9 April, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen