DASAR “tidak popular” Pakatan Harapan (PH), termasuk larangan merokok dan tadbir urus yang buruk di peringkat tempatan, kini menjadi faktor penentu yang mungkin menyebabkan pengundi Cina di Rantau menjauh pada pilihan raya kecil (PRK) Sabtu ini.
Pengundi Cina memberitahu The Malaysian Insight terdapat rasa tidak puas hati terhadap peraturan PH di kedua-dua peringkat persekutuan dan negeri sejak pilihan raya umum lalu.
PH gagal memperbaiki kehidupan rakyat biasa dan lambat bertindak terhadap aduan, terutama yang dibuat di peringkat tempatan, kata pengundi Rantau.
Antara isu yang kurang disenangi mereka termasuklah larangan merokok di kedai makanan, mengubah warna kasut sekolah kepada hitam, menghapuskan hukuman mati, dan beberapa isu lain yang mempengaruhi sektor pertanian dan perniagaan kecil.
Pemilik restoran, Wang Jia Li berkata beliau kehilangan sejumlah besar pelanggan kerana larangan merokok.
“Sebelum larangan merokok, pelanggan duduk di kedai lebih lama. Mereka akan minum teh, merokok dan bersembang. Pada masa yang sama, mereka akan memesan lebih banyak minuman,” kata peniaga berusia 47 tahun itu.
“Tetapi sekarang sejak merokok diharamkan di premis makanan, kebanyakan akan balik dan ini secara tidak langsung menjejaskan perniagaan.”
Mengenai harga barangan, beliau juga kecewa.
“Selepas GST digantikan oleh SST, harga tidak jatuh dan saya tidak mahu menaikkan harga dan kini mereka bercakap tentang cukai untuk minuman manis. Adakah anda fikir perniagaan saya dalam keadaan baik?”
Beliau juga mengecam keputusan Kementerian Pendidikan untuk menukar kasut sekolah kepada hitam.
“Saya mempunyai dua anak yang belajar di sebuah sekolah berhampiran ladang kelapa sawit dan kasut hitam menarik nyamuk. Bagaimana jika mereka mendapat demam denggi?” – 9 April, 2019.
Berita penuh di sini
Komen