PERDANA Menteri Palestin yang dilantik Mohammad Shtayyeh akan mengumumkan kerajaan baharu dalam tempoh beberapa hari lagi, kata pihak berkuasa Palestin.
Shtayyeh mempunyai tempoh hingga 14 April untuk membentuk kerajaan baharu yang dijangka mengeluarkan semua penyokong Hamas, musuh tradisi kepada gerakan Fatah bagi kedua-dua Shtayyeh dan Presiden Palestin Mahmud Abbas.
Penganalisis berkata kuasa membuat keputusan kekal di tangan Abbas, 84, yang berkuasa sejak 2005.
Abbas pada 10 Mac mengarahkan Shtayyeh membentu kerajaan baharu, menggantikan pentadbiran teknokrat Rami Hamdallah yang mendapat sokongan Hamas.
Gerakan ekstrem Islam mengawal semenanjung Gaza, sementara Pihak Berkuasa Palestin dikawal Abbas mengetuai pangkalan di Tebing Barat, di mana Israel masih kekal menjajahnya.
Lima pecahan kecil akan turut menyertai Fatah dalam kerajaan baharu, kata pihak berkuasa.
Yang lain termasuk Popular Front for the Liberation of Palestine enggan turut serta.
Timbalan Presiden Mahmoud Aloul berkata satu mesyuarat akan diadakan pada petang Isnin antara Shtayyeh dan Abbas untuk menentukan calon bagi kementerian yang ada.
Beliau berkata persetujuan dicapai menentukan bahagian mana mengawal kementerian apa.
Hamas mengutuk penubuhan kerajaan baharu itu, menuduh Fatah merampas kuasa.
Hamas dan Fatah bermusuhan sejak Hamas merampas kawalan di semenanjung Gaza dalam perang saudara pada 2007, setahun selepas memenangi pilihan raya Parlimen.
Politik Palestin dibekukan sejak itu, dan beberapa cubaan rekonsiliasi gagal. – AFP, 9 April, 2019.
Komen